Berkat Restu keluarga dan Takdir Allah telah menyatukan kami.(15/08/2015)
~~Allhamdulillah berjuta kali , Dua jiwa satu hati...Takdir dan hubungan ini ...sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah . Limpahkanlah rahmat-Mu dan keberkatan Kasih sayang ini hingga ke akhir hayat kami dan berserta keturunan kami ..Mudahan sehingga ke Jannah kelak.~~
Sunday, 16 August 2015
Friday, 14 August 2015
Malam berinai LadyMiszwan..
Kata orang Malam berinai merupakan tradisi perkahwinan Melayu yang semakin
dilupakan...sebenarnya bukan dilupakan ..Tapi kekangan masa , sibuk sangat malam tu maklumlah esok pagi kan majlis akad nikahnnya pula . Bakal pengantin rehat kena cukup..
...Biasanya malam berinai terbahagi kepada dua iaitu
berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan sebelum hari perkahwinan. Hanya keluarga
terdekat yang hadir pada majlis ini yang bertujuan untuk menghiaskan
pengantin perempuan. Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan
kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada
jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
![]() |
Add caption |
![]() |
![]() | |
Tengok ni cantik tak?..Mestilah cantik. |
Malam berinai ni takde tema sebab siap pun hampir pukul 2pagi..bakal pengantin nak tidur masa ni..mengantuk sangat dah tak larat...
Persiapan Barang hantaran , kad , doorgift untuk Majlis Perkahwinan Mama Misz
Mama serba boleh , kad pun Mama boleh buat sendiri taw.., ye dengan peta-peta jalan tu pun Mama yang buat sendiri..
Tempat barang hantaran pun air tangan Mama , mestilah cantik mama buat..Ni gara-gara pencinta D.I.Y...confirm nak buat sendiri .
Kotak doorgift pun dari airtangan Mama..
Coklat ni , dari 100% idea kreatif Mama , camne ok x?.cantik kan....ni awal-awal letak kat pelamin dah ada yg orang kidnap coklat dia..gatai beno tangan ea,..
Ni bunga telur gubahan Mama , buat sorang2 pun boleh...memang tak bagi can orang lain kacau..
Yang ni memang sirih junjung gebu gebas.. '' Sesubur ciinta ku..kihkih..'' sangat....Layan feeling nak akad nikah masa tu ..cucuk sana cucuk sini...yes...Taraaa...Siap..Cantik gitu!!..
Yang lain semua ada ..tapi xsempat nak upload pic..free nanti Mama msukan k..
Subscribe to:
Posts (Atom)