Sunday, 28 February 2016

Amalan Ibu Bapa semasa anak menghadapi PEPERIKSAAN

Assalamualaikum....  

    Hari ini Farisha dan Tiara sudah mula exam so ada beberapa perkara yang Mama kena buat demi anak-anak yang tercinta..Jom share something yang ramai ibu-bapa pratikan sewaktu anak mereka sedang menghadapi peperiksaan.

~~~Bila menjelang peperiksaan, banyak sekolah telah mengadakan solat hajat dengan tujuan semoga Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.  Kita dapat lihat banyak kaedah-kaedah yang dilakukan.  Namun hanya satu tujuan yang diminta iaitu calon peperiksaan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.  Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan islam dan iman kepada kita.  Sebagai ibu bapa kita digalakan supaya berdoa untuk kejayaan anak-anak. Amalan yang boleh dilakukan oleh Ibu Bapa SEMASA anak sedang menghadapi peperiksaan. 

1. Ambil Wudhuk. 

2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)


3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)

4. Baca Surah 3 Qul (1x)

5. Baca Surah Insyirah (1x)

6. Baca Selawat (10x)

7. Baca Surah Yassin (1x)

8. Baca Surah Insyirah (100x)

9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan. 


Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula.

1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.

2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.

3. Baca Al-Mathurat.

4. Berselawat ke atas Nabi.

5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa agar anak mudah mengingat pelajaran.

 Doa Daripada Ibu Bapa

 Untuk Anak Yang Menghadapi Peperiksaan Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

 Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca : 
1 ::Al-Fatihah (7 kali) 

2 :: Selawat (7 kali) 


3 ::Subhanallah (44 kali)


4 ::Alhamdulillah (44 kali) 


5 :: Allahhu Akbar (44 kali) 


6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali) 


7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :


- Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…


 Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaan-peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.

 Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamiin. 

Antara sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain di mana orang itu tidak mengetahuinya. Jadi, dlm doa kita utk anak, doakan juga kejayaan anak kawan2 kita yang juga mengambil peperiksaan. 

#doa peperiksaan  #doa menghadapi peperiksaan upsr  #doa untuk lulus peperiksaan #doa memohon kejayaan #doa untuk anak menghadapi peperiksaan #Bagaimana ibu bapa nak bantu anak-anak di musim peperiksaan? ..#zikir untuk anak menghadapi peperiksaan #doa untuk pelajar spm #doa untuk pelajar spm #Amalan Ibu Bapa semasa anak menghadapi PEPERIKSAAN  #amalan seaktu exam #Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan #tips spm#rahsia pelajar cemerlang

Saturday, 27 February 2016

~~Syukur Alhamdulillah dengan segala Nikmat-MU.


“All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them.” 

       Aku sentiasa berusaha mencapai impian dan mengubah hidupku untuk jadi yang  lebih baik dari semalam. Sentiasa jatuh cinta kepada segala nikmat  kehidupan dunia dan akhiratku..Hidup ini sangat indah sekali.Terima kasih Tuhan.. 

       Segala Kejayaan milik Allah.  Segala Kekayaan Milik Allah. Segala Pujian hanya untuk Allah. Segala Sembah dan Terima Kasih hanya untuk Allah. Ya Allah, tiada apa apa pun yang kekal menjadi kepunyaanku ... semua nya milik mu...... hanya untuk mu.. Jadikan aku hamba mu yang mendapat rezeki mengucapkan kalimah syahadah di masa aku mati..... Itulah kekayaan serta kejayaan terbesar dan terindah buat diri ku...Amin..