Bagi Mama istighfar adalah pengubat hati ..dengan beristighfar nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka . Itu umpama bonus buat kita.
Tapi jangan putus asa dengan rahmat Allah..sebab Allah ni punyalah MAHA PENYAYANG ,,semua yang dia buat semua untuk kita . Kita yang suka sangat cari penyakit, cari masalah..lahir-lahir dulu tak ada dosa pun tapi bila kita semakin membesar ..macam-macam dosa kita buat . Dan diantara juga kita buat dosa sebab kalah dengan godaan ujian..maka Dilarang kita buat juga ..kadang-kadang buat sebab bila belum rasa ''terkena ..''TOBAT '' dan tak percaya...ye ke ada benda tidak elok akan berlaku kalau buat dosa ...punyalah degil jadi manusia..tapi bila dan berlaku ..terkena kat batang hidung sendiri dan jiwa tu rasa sempit teramat sangat ..yang akan kita cari ALLAH jugalah nanti..
ITULAH SEBABNYA PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA....
Sesungguhnya ALLAH yang MAHA PENYAYANG tu pun larang macam-macam sebab sayang sangat umatnya...so kalau ibu marah dan larang..itu tanda kasih..kalau di biarkan itu tanya tak sayang..sebab membiarkan perkara buruk berlaku pada anak ..banyak mudarat akan berlaku kalau di biarkan..
Mengikut kajian 90% perkara buruk akan berlaku kepada anak-anak apabila tiada bimbingan teguran dari ibubapa..lebih-lebih lagi berkaitan ahlak dan kepercayaan dalam agama.
CARA ISTIGHFAR ~~ LAFAZKAN..UCAPKAN ...BERZIKIR
#jangan malas..LAWAN rasa malas..dosa-dosa adalah penyebab RASA SUSAH DAN MALAS UNTUK BERISTIGHFAR...umpama kotoran yang berdaki dan melekat di baju ..kita nak berus bersihkan pun susah kalau kotoran tu degil dan melekat bertahun2.,
BAJU MUNGKIN KITA BOLEH BUANG DAN BELI BARU TAPI KALAU DIRI KITA NI ..TAKKAN NAK BUANG..SEMEMANGNYA JASAD TIDAK MUNGKIN AKAN ADA PENGANTI YANG BARU..MAKA KENA BERSIHKAN DENGAN BERISTIGHFAR INSYALLAH DIRI AKAN JADI BERSIH ..MALAH DIRI KITA AKAN JADI BARU SEMULA.. dosa kita sedegil manapun insyallah akan berkurangan dgn kekuatan istightifar dengan usaha dan izin ALLAH.
lafazkan ..ucapkan dan zikir secara perlahan-lahan tapi berterusan.
Ikhlas mencari cinta ILAHI itulah keberkatan dalam beristighfar.Pasti boleh..
Cuma baca..selami
Surah Nuh ayat 10-12, “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan menjadikan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai.”
Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40,
ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas
manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri.
Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi
diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan,
taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib
beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah tetapkan ini dan
bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia. Di antara cara
untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara
khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon
keampunan daripada Allah serta kembali kepadaNya.
Rasulullah SAW adalah orang yang telah dijamin oleh ALLAH bahawa
diampunkan dosa-dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang melalui firmanNya,
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan bagimu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya ke atasmu dan menunjukkan kamu kepada jalan yang lurus.” (Surh Al-Fath: 1-2)
#kelebihanistighfar #hebatnyaistighfar #magictaubat #magicistighfar #ladymisz #taubat #istighfar