Sunday, 20 November 2022

KIYAI HAJI ABDULLAH UMAR BIN KIYAI HAJI SARBON

(SIMPAN SINI ), SIS PERNAH BERUBAT DENGAN BELIAU DAN MENGAMBIL SEDIKIT ILMU DARI BELIAU..ORANGNYA SANGAT LEMAH  LEMBUT , BERILMU DAN  HUMBLE SANGAT. Nasib baik terjumpa kisah beliau di fb Amli Ilma. Alhamdulillah..

Oleh: FB Amli Ilma
Kiyai Haji Abdullah Umar bin Kiyai Haji Sarbon dilahirkan di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1943. Merupakan putra bongsu kepada Kiyai Haji Sarbon yang juga khalifah pengganti bapanya memimpin toriqoh Naqsyabandiah Qodariyyah di kampungnya.
Mendirikan rumah tangga bersama Puan Asmah binti Sagi pada tahun 1971 dan telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Mereka ialah Nahar, Hidayah, Atib, Huda, Ikhwan, Atikah dan Amariah.
Mendapat pendidikan awal dari bapanya sendiri, iaitu Kiyai Haji Sarbon, kemudian melanjutkan pengajian ke Maahad Johor, Johor Bahru dan ke Madrasah al-Junied, Singapura.
Pernah bercita-cita melanjutkan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi di Negara Brunei Darussalam. Namun beliau hanya mampu menyimpan hasrat dan keinginannya kerana bapanya yang sedang sakit pada waktu itu.
Maka, tinggallah cita-citanya sekadar impian cuma. Beliau meneruskan kehidupannya di kampung halaman. Membantu menguruskan madrasah yang diasaskan bapanya dan meneruskan perjalanan toriqoh Naqsyabandiah Qodariyyah di tempatnya.
Menyara keluarga dengan menoreh di kebun getah peninggalan bapanya. Beliau dikenali dengan watak yang lemah lembut lagi penyantun orangnya. Tidak pernah memarahi anak-anaknya, apatah lagi menengking dan meninggikan suara dengan mereka.
Seorang yang penyabar dan tidak pernah memarahi orang, lagi bersifat penyayang. Walau terhadap anak-anak kecil kelas mengaji al-Quran, di madrasahnya, walau mereka bermain bising dan kadangkala mentertawakannya, beliau hanya menghulur senyuman dan memberi teguran dengan lunak dan santun.
Selain mengajar al-Quran kepada kanak-kanak kampung, di madrasah peninggalan bapanya, beliau turut mencurah ilmu dan menabur bakti dalam perkumpulan yasin wanita di kampungnya. Selalunya, beliau membimbing dan berkongsi ilmu asas fardu ain kepada mereka.
Beliau juga pernah bertugas menjadi imam di Masjid Kampung Parit Warijo, dalam tempoh waktu yang singkat sahaja.
Beliau juga sering dikunjungi masyarakat setempat dan masyarakat luar bagi mendapatkan air penawar sebagai usaha mengubat dan merawat pelbagai jenis penyakit yang dihadapi mereka.
Beliau adalah individu akhir yang meneruskan dan menyambung pimpinan bapanya dalam menjalankan aktiviti toriqoh Naqsyabandiah Qodariyyah seperti bersuluk dan sebagainya di madrasah peninggalan al-Marhum Kiyai Haji Sarbon. Lazimnya mereka bersuluk dalam tempoh 20 hari pada bulan Rabiul Awal dan bulan Ramadan.
Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 15 Syaaban 1435 H bersamaan 13 Jun 2014 M, usai mereka sekeluarga bersama-sama mengadakan majlis sambutan malam nisfu Syaaban di madrasahnya. Lebih kurang jam 12.30 malam, beliau mengadu sesak nafas. Bergegas beliau dibawa ke hospital. Namun beliau telah bertemu Penciptanya sebelum sempat sampai ke hospital.
Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkannya bersama Syuhada dan Solihin. Jasadnya yang mulia telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Al-Fatehah
al-faqir catatkan catatan ini hasil temubual bersama isterinya, Puan Asmah binti Sagi dan adik bongsunya, Puan Hajah Maryamah binti Kiyai Haji Sarbon pada 28 Mac 2019.
Wallahu a'lam
#KiyaiHajiAbdullahUmarbinKiyaiHajiSarbon #mbahdollah #mbahabdullah #srimedan


Kiyai Haji Abdullah Umar bin Kiyai Haji Sarbon



Madrasah tempat pengajian kitab dan bersuluk, bersebelahan rumahnya di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.


132
50 shares
Like
Comment
Share

Saturday, 19 November 2022

Jom mengundi


 

..➣ ꧁﷽⸙bismillah⸙﷽꧂
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Hi petang uolss🫰💕
Alhamdullilah selesai laksanakan tanggungjawab pada hari ini.
Pergi lambat nak pukul 5 tapi balik awal..hehe
Tak sabar tunggu keputusan malam ni😍Moga dipermudahkan segalanya..Aaminnn🤲🏻
Selamat Mengundi uolss💕😍 #jommengundi #mengundi #harimengundi #undi2022 #PRU15





Saturday, 12 November 2022

Karnival Kecemerlangan Iljtm Wilayah Selatan 2022 Anjuran Ilp Tangkak



Bucket list 2022 medal archery _done (sept-nov2022)

ALHAMDULILLAH SIS DAPAT NAIB JUARA ARCHERY 

Don't be pushed around by the fears in your mind. Be led by the dreams in your heart.

Haza Rahmatun Min Robbi ❤️ 
#kekuataninidariAllah
#archery #sukaniljtmselatan #sukanilptangkak

 

Tuesday, 11 October 2022

Iskandar dah discharge dar Wad semalam


 Alhamdulillah semalam Iskandar dah discharge dari Hospital Pakar Muar selepas berkampung di sana selama 3 hari . Lega dan syukur walau melalui situasi ibu yang terlalu risaukan anak . Moment pahit & manis bercabur baur
🤭🤭 hanya Allah yang tahu bagaimana hati seorang ibu memperjuangan hak seorang anak . Syukur sangat biar ada moment pahit tapi itulah ubatnya dalam kehidupan.
video ni menjadi bukti pagi tadi Iskandar telah hadir appointment di Klinik Kesihatan Payamas.
Throwback ..🤭
selepas tangan iskandar retak tahun lepas..dah jarang main basikal..Berat badan pun semakin naik tapi tahun ni belikan juga basikal baru ..biar main juga walau jarang-jarang Al maklumlah rumah Taman ni banyak kereta lalu lalang..yang terbaru ni belikan archery bagi dia semangat bersukan. Selepas ni nak ajak dia berjogging semula di gunung atau taman untuk kesihatan..ma rela buat apa sahaja untuk iskandar kekal sihat..biar kita mengalah dari melayan ego.. janji Allah tahu usaha kita bagaimana..

Tuesday, 27 September 2022

Doa di saat tahajud umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran – Imam Syafi’e




#archery #tahajud #jomubahhidup #sukanmemanah #memanah #ilptangkak #mamamisz #miszmaduwant #tangkak 

Thursday, 11 August 2022

Langit unik waktu subuh , 11hb8 2022


Cantik sangat , ALHAMDULILLAH syukur  sangat ....
Rezeki masa team buidling di kem permata Resort Melaka .

 



Tuesday, 31 May 2022

Nak order 2Cinta bouquet ?


#2cinta #2cintaboquet #2cinta&mamamisz #2cintajambangan #jambangancoklat #01120702425

 Nak buat insan tersayang happy & bahagia senang jer.. Bagilah hadiah yang ikhlas lahir dari hati.. 

💕💕
Ianya bukan tentang harga ianya bukan tentang hadiah.. Tapi tentang ikhlas😘
Dari cinta ke satu cinta yang lain.. Maka terhasillah 2Cinta_bouquet..
Nak saya bantu, pm 2Cinta💞💞💕
01120702425 (Sis Misz)

atau sila ke





#misz #tangkak #2cinta #jambanganbunga #miszmaduwant #01120702425 #011-20702425 #2cinta_bouquet #2cinta