Tuesday, 19 September 2017

Pertandingan Baju Beragam/Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan di SK Sri Tangkak, Ledang, Johor (2017)

Pada Hari Menyambut Kemerdekaan  bagi tahun 2017 di SK Sri Tangkak , Tiara  teruja sangat nak masuk pertandingan baju beragam /Jalur Gemilang . Berkali-kali dia bertanya samaada  Mama boleh jahitkan baju jalur gemilang itu atau tidak.

Mula-mula Mama rasa macam tak sempat nak jahit baju tu sebab busy melayan Iskandar..Tapi bila dia tanya soalan yang sama..hampir 10 kali ..hmm maksudnya..dia  nak sangatlah tu ..so Mama layankanlah karenah dia.. Mama beli bendera Jalur Gemilang dan menjahitnya menjadi sehelai baju. Last minit jugalah siap sebab Mama memang sibuk sejak ada baby kecil ni. Rutin harian balik jer  rumah ...MEMASAK DAN MENJAGA ISKANDAR...yang lain tunggu masa lapang.

Terasa lapang hati Mama bila dapat tunaikan hajat Tiara  ..siap je baju . Tiara  tidak putus-putus tersenyum dan dia begitu teruja hendak meraikan Hari Kemerdekaan . Menang atau Kalah itu Mama tak ambil kisah sangat yang penting mudahan pertandingan ini  boleh membantu Tiara memahami erti kemerdekaan dan kecintaan kepada negara.



..
Tiara bersama guru kelas tahun 4Arif dan Bffnya Rabi..


Bergambar bersama Guru Besar dan kawan-kawan yang terlibat dengan acara pertandingan Baju Beragam/ Jalur Gemilang,




Di sini Mama sertakan sekali logo Hari Kemerdekaan /Kebangsaan bagi tahun 2017
dan  juga Tema Hari Kemerdekaan~~NEGARAKU SEHATI SEJIWA

Tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.
Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betapa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

 #tema#logo#tema hari kemerdekaan#tema hari kebangsaan#merdeka #pertandingan baju seragam #baju jalur gemilang # rabiatul# tiara emilda#tiara #tahun 4 Arif
SK Sri Tangkak, Ledang, Johor # skrt #sksrtangkak

No comments:

Post a Comment