Saturday, 30 December 2017

Ayat 1000 Dinar ~ Magnet kekayaan wang



Artinya: “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya Rizki dari arah yang tidak dia duga. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Dia mencukupinya. Sesungguhnya Allah akan mencapai urusanNya, sesungguhnya Allah telah mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu ketentuan.”

 Positif vibes ~~Gunakan kekuatan minda separuh sedar anda semasa solat DHUHA atau ketika anda sedang berehat dengan frenkuensi positif. Tontonlah video ini (Hak milik Mama) selalu , insyaallah rezeki yang tidak akan di sangka-sangka akan berlaku ..Insyallah dengan segala kebesarannya.

Kita merancang dan ALLAH jua yang menentukan.

~~Visualisasi kekayaan wang sambil membaca ayat seribu dinar. Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita harus bervisualisasi seakan-akan perkara tersebut sedang berlaku di dalam kehidupan kita
.~~Kun fayakun itu milik ALLAH.Tetapi hendaklah anda iringi dengan berdoa+berusaha bukan hanya bermimpi sahaja.

~~Hayatilah setiap kata dan kalimat yang ditampilkan, penuh perasaan dan segenap fikiran, baca setiap kata yang ditampilkan. Penuh kepercayaan, sadar dan visualisasikan bahwa kekayaan itu sudah Anda miliki. Semakin kuat perasaan Anda, semakin kuat kekuasaan alam semesta dalam menjalankan proses mewujudkan kekayaan bagi Anda..dan gunakan '' Minda separuh sedar ''sepenuhnya.. “jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, Niscaya engkau akan mendapatkanNya dihadapanmu.

Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah.

Ketahuilah, jika umat ini bersatu untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan memberikan manfaat kepadamu melainkan dengan sesuatu yang ditetapkan Allah bagimu.
  Dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu melainkan dengan apa yang ditetapkan Allah bagimu. Pena telah diangkat, dan telah kering pula (tinta) lembaran-lembaran ini.”

Sunday, 17 December 2017

Madu Stick Hanigo+Susu+Halia



Dari Mata jatuh ke hati..

Jom layan Madu Stick Hanigo..Jika berminat., Sila hubungi kami di 011-20702425

 Cara hilangkan angin Dalam Badan.

Resepi Susu Halia Madu..

Bahan-bahannya:
1. Susu serbuk atau Susu pekat.
2. Halia  lebih kurang 2 Inci
(tapi jika nak rasa pedas letaklah lebih sedikit)
3.1 Stick Madu Asli Hanigo..
Cara-caranya:
~Hiris halia nipis-nipis atau blend halus.
~Masukan dahulu halia ke dalam cawan yang berisi air panas dan kacau . (Jangan masukan susu dahulu sebelum halia bagi mengelakan susu serbuk berketul )
~Kemudian campurkan susu dan kacau hingga larut.
~Tuangkan Madu Stick Hanigo  ke dalam cawan dan... ''TADA..!!..  Dah siap pun Susu Madu Halia  kita ni . Sebelum minum, tapis dulu  takut tersedak halia pulak nanti .



Ok Sekarang..Sedia untuk di minum..

Selamat mencuba!


Monday, 11 December 2017

MY LOVERS


Doa semoga diberikan anak yang soleh & baik

“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)

Doa semoga diberikan anak yang menyenangkan Hati

“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).

Doa semoga anak tetap mengerjakan Solat

“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku” (Surah Ibrahim, ayat 74)

Doa semoga anak patuh kepada Allah SWT

“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
💗💗💗💗💓💓💓💓

Thursday, 7 December 2017

Bercucuk tanam di halaman rumah


Tadaaa...nilah hasil titik peluh Mama berkebun....
Some pictures that I managed to upload...
 

Buat masa ni Mama dah ada 12 Pokok Cili Besar yang berjaya Mama tanam dan jaga sehinggalah berbuah dengan jayanya ...lebat taw,,dah puas main masak2 haha....Sebanyak 6 pokok cili yang Mama dah alihkan kat tanah...Manakala 6 pokok cili lagi masih kat pasu bunga, Tanah kat tepi halaman rumah Mama ni sekangkang kera je so tak muat ye..tunggu turn..tengah cari idea nak letak kat mana...




Pokok serai Mama pun dan semakin banyak dan gemuk-gemuk Mama tanam dan jaga..macam Tuannya gebu dezasss..kihkih,,,sgt...Pokok pandan pun Mama ada tanam semula sebab pokok yang sebelum ni dah nak mati..Alhamdulillah semakin meriah bebenor..

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Baguslah Mama tanam , adik beradik Mama berderet lagi yang belum berkahwin..Lagi satu kalau lepas beli buah durian...maka kereta confirm akan melekat bau 'aroma buah durian..letaklah daun pandan banyak-banyak dalam kereta ..Insyallah dalam 2 hari hilang ler bau tu..




  Kalau tak salah Mama pokok renek  ni namanya Oyster plant ...Mama dapat kat Ilp Tangkak. Adalah ceritanya hehe..Mula-mula Mama ''cambah akarnya,,simpan kat dalam office...erti kata tertinggal sebenarnya sampai terlupa..hehe selang seminggu Mama terus bawa balik tanam kat rumah..



Pokok renek ni Mama dapat Masa birthday Mama...LIKE SANGAT !!, TQ SAYANG..Tiara yang bagi..Masa ni memang kelakar ...gara-gara Mama mengidam pokok renek merah yang cantik ni..Tiara terpaksa jadi '''berani TEBALKAN MUKA  minta kat nyonya yang duduk kat hujung taman ...YANG PENTING DAPAT BAGI hadiah Birthday kat MAMA DIA YE..



Ni pokok kunyit yang Mama tanam..ALHAMDULILLAH ..menjadi juga..best betul...
 Iskandar Mulia are now very much into gardening too....Sangat!!..dia just dok sebuk kacau Mama dia ...dah setahun lebih usia dia ..tapi baru 2 kali dia main kat luar rumah..hmm risau sebab kat luar ni bukan bersih sangat...Iskandar tunjuk rajin konon nak tolong Mama dia ...huhu dia tolong kacau Mama ada ler..
Pic tanaman ni sahaja yang Mama sempat ambil...pic bunga kembang pukul 10@ ros jepun Mama dengan pokok betik lain kalilah ye..
Kat bawah ni ada cara menanam cili so senang if Mama terlupa atau anak-anak Mama nak tanam cili refer sini jer k..

Cara Menanam Cili Dengan Betul

Berikut adalah Cara Menanam Cili Dengan Betul didalam pasu :
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian najis ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. Penuhkan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
  • Semai 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam.

Cara Penyediaan Anak Benih Cili Dengan Betul

  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Penuhkan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian najis ayam reput dan satu bahagian pasir.
  • Semai 5 gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
  • Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

Cara Penjagaan Tanaman Cili Dengan Betul

  • Tabur baja di sekeliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Bersihkan batas daripada rumput liar menggunakan tanah, cangkul atau tajak.

Cara Menuai Hasil Tanaman Cili Dengan Betul

  • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.



Wednesday, 6 December 2017

Dekorasi Susunan Batu Sungai Menarik di Halaman





Minat mama yang terbaru..cantik kan..
credit to #nusantara77 
Mama just copy kat blog Mama untuk senang nak tengok semula bila nak buat nanti.., berangan dulu mudahan nanti jadi kenyataan . Aminn~~.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalunya di halaman rumah, walau sekecil mana pun pasti mahukan satu ruang taman di halaman sebagai penyeri. Selain dari pokok dan hiasan, lantai dan bahagian pejalan kaki juga memainkan peranan yang penting.

Selain dari cara biasa seperti meletakkan tile, batu dan rumput, salah satu yang menarik adalah meletakkan susunan batu sungai untuk dijadikan batu reflexology sebagai tempat pijak yang berfungsi untuk kesihatan badan.

Susunan batu sungai ini tidak sekadar disusun seperti biasa yang berterabur dan kurang menarik, ianya juga boleh didekorasikan kepada pelbagai susunan dan rekabentuk yang mempersonakan. Ianya boleh menjadi satu tarikan istimewa yang mampu mengindahkan ruang pejalan kaki mahupun lantai halaman atau taman anda sehingga mengundang tarikan dan perhatian.




Pelbagai Rekabentuk Susunan Batu SungaiSusunan batu sungai bukan sahaja menarik dan memberi kebaikan untuk kesihatan tetapi kini menjadi satu karya seni yang sangat menakjubkan. Pelbagai corak dan rekabentuk boleh dilakukan melalui susunan, bentuk batu dan warna.

Berikut adalah antara contoh-contoh dekorasi batu sungai yang menarik untuk tatapan kita bersama.





























Terpikat? Maka lepas ini kalau pergi mandi manda di air terjun, jangan lupa, kutiplah batu-batu sungai untuk dibawa pulang dan hiasilah ruang pejalan kaki mahupun lantai taman atau halaman anda.


credit to #relaksminda.blogspot.com
 credit to #nusantara77
credit to# Mr. Mark Power

Monday, 4 December 2017

Lisa Nicholas , Find your way back..

 

 Wahai anak-anak ku,.Inilah di antara kisah hidup serta contoh terbaik dari Lisa Nicholas..

Walaupun Lisa Nicholas  bukan beragama islam ..tetapi dia boleh bangkit dan  mencari dirinya kembali serta terus bersinar .., apatah lagi kita umat islam yang dibekalkan dengan kekuatan iman (solat) dan mukjizat AL-QURAN ..INSYALLAH Pasti akan  ada sinar kebahagiaan...Yang baik kita ambil dari mereka untuk dijadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan...

90% Kepedihan yang telah  Lisa Nicholas  lebih kurang seperti  yang Mama pernah hadapi. Di  saat ALLAH ''BERIKAN TARIKH KERAMAT iaitu bertarikh  18/8/08 ..Itulah sebenarnya tarikh permulaan  Mama berjaya temui diri ''Mama kembali ''.. perlahan-lahan Mama bangkit semula sehingga  akhirnya Mama mampu memiliki hidup yang lebih INDAH , ALHAMDULILLAH..Terima kasih ALLAH.BERJUTA KALI..Umpama terlepas dari penjara dunia..

Apa yang Lisa buat untuk bangkit , seperti tampal kata-kata positif dan motivasi di rumah lebih kurang sama,,, jatuh cinta dengan diri sendiri dahulu pun sama...perlu jujur dengan diri sendiri dan percaya kekuatan kata-kata serta ucapan  pun sama..hmm banyak yang sama. Sesungguhnya ini adalah salah satu cara petunjuk darinya sebenarnya ....walau dengan apa cara sekali pun untuk  menyedarkan HAMBANYA.., MAMA dan juga LISA....

Wahai anak-anak ku,..KATAKAN TIDAK KEPADA PERKARA YANG MEROSAKAN HIDUP KITA...JANGAN BIARKAN SESIAPA PUN MENGANIAYA HIDUP DAN MARUAH KITA..BANGKIT DENGAN BERANI  DAN MELANGKAH DENGAN RASA HORMAT SERTA  CINTA PADA DIRI KITA SENDIRI. 
JANGAN SESEKALI TOLEH KEBELAKANG..BIARKAN BEBAN ITU ''HILANG''.

JIKA KITA TIDAK SELAMATKAN DIRI KITA..SIAPAKAH YANG AKAN SELAMATKAN DIRI KITA? JANGAN PERNAH PUTUS HARAPAN DENGAN KEAJAIBAN DARI ILAHI.

SESUNGGUHNYA TIADA APA YANG AKAN BERAKHIR DI DALAM HIDUP KITA SEGALANYA ADALAH SUATU PERMULAAN ..DAN TERUSKAN BERSINAR BIARPUN CAHAYA ITU MUNGKIN PERNAH MALAP ATAU TERPADAM..NYALAKAN KEMBALI WALAU BERIBU KALI IANYA TERPADAM...

Dari Cinta Hati Mama Farisha, Tiara dan Iskandar..serta hubby tercinta MR RIZUAN..
#INISEJARAHHIDUPMAMA~~MAMA YG MELALUINYA@MENGHADAPI@MELEPASINYA DAN MAMA BERHAK, MENULIS PERKARA YANG BENAR!!.#uglytruth.DAN SEGALANYA ADALAH  SEJARAH YG TITIK PERMULAAN ADALAH UNTUK MAMA MENCAPAI  KEMENANGAN DAN KEGEMBIRAAN.  

 (Kita yang mencorakkan hidup kita,mahu melangkah ke syurga atau neraka. Jangan bersandar pada makhluk tapi bersandarlah pada Allah yang Maha Kekal.)




Be the best of whatever you are..



"Don't allow anybody to make you feel like you are nobody."
- Martin Luther King, Jr.

HOT & SEXY JAGUAR

My fav color British racing RED ~~SEXYnya dia..
#mengidam



MY ALL TIME FAV JAGUAR.

 #Malcolm Sayer's E-type Jaguar#sportcar#red#british#jaguar#car