Tadaaa...nilah hasil titik peluh Mama berkebun....
Some pictures that I managed to upload...
Buat masa ni Mama dah ada 12 Pokok Cili Besar yang berjaya Mama tanam dan jaga sehinggalah berbuah dengan jayanya ...lebat taw,,dah puas main masak2 haha....Sebanyak 6 pokok cili yang Mama dah alihkan kat tanah...Manakala 6 pokok cili lagi masih kat pasu bunga, Tanah kat tepi halaman rumah Mama ni sekangkang kera je so tak muat ye..tunggu turn..tengah cari idea nak letak kat mana...
Pokok serai Mama pun dan semakin banyak dan gemuk-gemuk Mama tanam dan jaga..macam Tuannya gebu dezasss..kihkih,,,sgt...Pokok pandan pun Mama ada tanam semula sebab pokok yang sebelum ni dah nak mati..Alhamdulillah semakin meriah bebenor..
Pokok Pandan
(Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak
kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi
makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Baguslah Mama tanam , adik beradik Mama berderet lagi yang belum berkahwin..Lagi satu kalau lepas beli buah durian...maka kereta confirm akan melekat bau 'aroma buah durian..letaklah daun pandan banyak-banyak dalam kereta ..Insyallah dalam 2 hari hilang ler bau tu..
Kalau tak salah Mama pokok renek ni namanya Oyster plant ...Mama dapat kat Ilp Tangkak. Adalah ceritanya hehe..Mula-mula Mama ''cambah akarnya,,simpan kat dalam office...erti kata tertinggal sebenarnya sampai terlupa..hehe selang seminggu Mama terus bawa balik tanam kat rumah..
Pokok renek ni Mama dapat Masa birthday Mama...LIKE SANGAT !!, TQ SAYANG..Tiara yang bagi..Masa ni memang kelakar ...gara-gara Mama mengidam pokok renek merah yang cantik ni..Tiara terpaksa jadi '''berani TEBALKAN MUKA minta kat nyonya yang duduk kat hujung taman ...YANG PENTING DAPAT BAGI hadiah Birthday kat MAMA DIA YE..
Iskandar Mulia are now very much into gardening too....Sangat!!..dia just dok sebuk kacau Mama dia ...dah setahun lebih usia dia ..tapi baru 2 kali dia main kat luar rumah..hmm risau sebab kat luar ni bukan bersih sangat...Iskandar tunjuk rajin konon nak tolong Mama dia ...huhu dia tolong kacau Mama ada ler..
Pic tanaman ni sahaja yang Mama sempat ambil...pic bunga kembang pukul 10@ ros jepun Mama dengan pokok betik lain kalilah ye..
Kat bawah ni ada cara menanam cili so senang if Mama terlupa atau anak-anak Mama nak tanam cili refer sini jer k..
Cara Menanam Cili Dengan Betul
Berikut adalah Cara Menanam Cili Dengan Betul didalam pasu :- Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian najis ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. Penuhkan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
- Semai 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
- Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
- Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
- Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
- Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam.
Cara Penyediaan Anak Benih Cili Dengan Betul
- Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Penuhkan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian najis ayam reput dan satu bahagian pasir.
- Semai 5 gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
- Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
- Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
- Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
Cara Penjagaan Tanaman Cili Dengan Betul
- Tabur baja di sekeliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
- Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
- Bersihkan batas daripada rumput liar menggunakan tanah, cangkul atau tajak.
Cara Menuai Hasil Tanaman Cili Dengan Betul
- Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
- Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.
No comments:
Post a Comment