1/ Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa
Ingat, tidak ada yang lebih hebat
daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan
yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi
persaingan di dalam perniagaan.
Jangan anggap bila anda berniaga kecil
kecilan, anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon
dengan cepat sebelum 3 kali bunyi, dan melayan pelanggan dengan mesra
dan tenang.
Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
2/ Tambah maklumat baru di website
Anda sebenarnya tidak perlu bimbang
tentang strategi SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan
ranking laman web anda di enjin carian seperti Google.
Apa yang anda perlu lakukan adalah
sentiasa menambah informasi atau aktiviti terkini setiap minggu atau
sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web
anda meningkat dalam masa yang singkat.
3/ Berikan jaminan wang dikembalikan
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan
produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan
wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yang anda berikan kepada
mereka.
Anda akan menarik lebih ramai orang
untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak
akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
4/ Pergi bercuti
Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7
hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan
ketandusan tenaga dan idea baru untuk membaiki perniagaan dan mencari
strategi pemasaran baru.
Apabila anda bercuti, anda mempunyai
masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan
biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk membaikinya, betul?
5/ Buat sesuatu di luar jangkaan
Apa perasaan anda bila, tiba-tiba anda
dikejutkan dengan SMS yang meminta anda untuk datang ke kedai untuk
mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun untuk hari itu
sahaja, tanpa sebarang sebab? Pasti anda terkejut kan?
Itulah yang anda boleh lakukan kepada
pelanggan anda. Anda boleh ‘Google’ untuk dapatkan sistem sms atau PM
kami untuk kami bantu.
6/ Tips percuma di media sosial
Bersedia untuk memberikan tips percuma
kepada peniaga lain untuk membantu mereka memantapkan ilmu pemasaran
bisnes. Cara ini dapat menaikkan reputasi anda dan secara langsung boleh
mempromosikan perniagaan anda.
#tips #tipsmotivasi #tipsinspirasi
CREDIT TO DR AZIZAN OSMAN
No comments:
Post a Comment