Sunday, 13 March 2016

Bakar Kalori dengan Zumba ( Fufoo Studio)

Bersenam sambil menari memang menyeronokan .

 Jom kawan-kawan mari berzumba dengan Fuhad Anuar Haron 
(Fufoo) best buddy dan adik angkat yg sangat Mama  hormati dan kagumi. Masa Mama belum hamil sempatlah juga Mama berzumba. Malah masa Mama baru preggy 1 bulan  Ma pun  still  berzumba. Masa tu tak sedar yang Mama dah preggy. Bahaya tul kan..hehe 

    Kami ni sebenarnya teman sekerja di ILP. Memang rapat sangat . Mudahan still berkawan walau terpisah jauh.  Disebabkan  Fufoo nak ambil cuti tanpa gaji bermula pada  awal bulan april ni . Maka lepas ni dah tak jumpa lagi so kalau Mama nak jumpa dia kena pergi studio dia je lah. So paham-paham jelah bila dah preggy ni confirmlah Mama cuti berzumba sampai bersalin.

    Bukan Mama nak memuji kosong..tapi Fufoo ni memang sangat rajin orangnya dan sangat kuat berusaha.  Macam '' PAPA '' Mama juga hehe..hubby pun kena puji juga. 
 Macam2 dia berniaga . Walau kerja di ILP Fufoo still ada bisnes lain .Tu FUFOO STUDIO dari hasil titik peluhnya bergandingan dengan kawan-kawan tersayang yang menjadi tulang belakangnya. Mama doakan mudahan Fufoo akan terus berjaya dan bersinar . Amin ..

So hari ni  Mama ambil peluang ni untuk simpan kenangan dengannya . Kebetulan cuti sekolah so Farisha dan Tiara ikut mama ke pejabat . Ni pic yang di ambil semasa bersarapan pagi tadi   dengan Fufoo.


Farisha dengan Fufoo.


Tiara dengan Fufoo

Kalau ada sesiapa yang berminat nak berzumba dengan  Fufoo silalah datang ke.. 



Fufoo Studio Bertempat di 
Tingkat 2 , Wisma Regensi , 
PTD 11412 , Jalan Bakri ,
84000 Muar ,
Johor.
(Tingkat atas JPN MUAR)
Sebarang pertanyaan sila hubungi

No hp : 014-8880522

ISNIN-KHAMIS * 7.00malam -8.00 malam
*
ATAU

# Tangkak       ~ Jumaat , Sabtu, Isnin

                                  = 5.30ptg -6.30ptg 


 # Bukit Gambir ~ Selasa, Rabu , Jumaat  

                                       = 9.00mlm - 10.00 mlm 

  # Sungai Mati  ~Ahad dan Khamis

                  = 8.00mlm-9.00mlm

Jom serbu ramai-ramai!!!..

  •  Yuran yang dikenakan sangat murah, hanya RM7.00 setiap sesi atau RM80.00 sebulan.  so Jangan lepaskan peluang ini untuk berzumba dengan jurulatih zumba , En Fufoo. Terbuka untuk lelaki dan wanita.






Sedikit into tentang Zumba


Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
  1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
  2. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
  3. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
  4. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  5. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
  6. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.
  7. Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.
  8. Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
  9. Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.

Bagi Mama senaman Zumba ni sangat memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan . Kalau tak percaya , meh sini datang ramai2 ke studio Fufoo  di Muar, Johor.


Wednesday, 9 March 2016

Amalan Pendinding Ilmu Sihir.

  Pernah tak anda rasa seperti terkena sihir atau di ganggu mahluk halus.?..Dalam dunia ni kita akan terjumpa pelbagai jenis manusia psyko  . Kalau kita tak kacau mereka pun ada je benda yang mereka nak buat kat kita. Hati mereka tu bila  dah  ''HITAM DAN BUSUK  SANGAT '' maka mulalah nak buat perkara-perkara syirik.

Biasanya orang yang buat perkara2 yang tak baik ni...adalah '' SI LOSER'' iaitu manusia yang ''SANGAT GAGAL'' untuk menerima takdir . Samada takdir tu baik untuk orang lain atau untuk dia. Mereka ni jenis yang suka memaksa manusia , dengki ,  irihati  dan tamak haloba. Nak kenal orangnya macamana senang je. Kalau dia tengah baca blog ni ''busuk hatinya meluap2..Itulah orangnya.

so janganlah nak baik dengan orang yang macam ni..hanya mendatangkan mudarat je. Kalau solat Mama akan selalu doa pada ALLAH agar jauhkanlah orang2 yang berhati busuk dan berniat jahat..

So di pendekan cerita meh Mama share serba sedikit amalan yang Mama lakukan bagi mengubati dan merawat diri Mama dari sihir manusia jahil ni.


so paham-paham jelah ye .Karma or in islam we have Kaffarah . What you give ,you'll get back either it is in a good way or vice versa. ALLAH TU ADIL SANGAT...SO kalau sihir tu kembali semula kat diri sendiri. Jangan tanya kenapa ye. 

dan juga 

Sekiranya kita mengalami shir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini, dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir tu insaf dan tidak lagi menganggu ketenteraman hidup kita sekeluarga. Mudah-mudahan juga mereka berhenti dari melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kaedah Yasin 7 Mubin

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4.  Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta disembuhkan segala penyakit  dipulangkan sihir kepada tuannya”.

5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat agar kita sembuh dan sihat  kembali seperti sediakala”. ,,dan apa yang akan berlaku kepada penyihir ..maka kita serahkan pada Allah. Pasti Allah akan uruskan.

7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
Sejak Mama gunakan kaedah ini InsyaAllah ianya  berhasil...Alhamdullillah banyak sangat perubahan yang terjadi..


Ada banyak lagi tapi kali ni Mama share ni dulu .Lain kali Mama share lagi ye. 

Yang paling penting!!!...JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH, MAKA ALLAH PUN PASTI AKAN JAGA KITA... 
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah … 






Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Ini, 9 Mac 2016

  Hari ini ada solat gerhana di Surau Al-Jazari Ilp Ledang. Sapa nak join meh datang sini. Pagi-pagi lagi Mama dah excited nak tengok Gerhana matahari . Silaulah baby..susah nak tengok..tapi nampak jugalah sikit2 sebab masa pukul 8.30pagi tadi tiba-tiba gelap sekejap  macam dah nak pukul 7 malam.


mana nak dapat  benda alah ni..untunglah ''atok ni dapat tengok dengan jelas......tak sempat Mama nak cari spek ni ..jelesnya..

  Gerhana matahari adalah salah satu fenomena yang jarang berlaku, dan untuk tahun ini, ia bakal boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi 9 Mac 2016 ini. Di Malaysia, kita hanya akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, sementara mereka yang berada di Sumatra, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik boleh melihat gerhana matahari penuh.

Gerhana matahari ini berlaku apabila bulan melalui antara matahari dan bumi – membuatkan matahari tertutup dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan. Kejadian ini boleh dikatakan sangat jarang berlaku – sekitar hanya sekali setahun.


Di Malaysia, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi pada hari ini, 9 Mac. Biasanya kita memang  tidak boleh melihat terus ke matahari tanpa menggunakan sebarang penuras kerana ia berupaya memberikan kesan terhadap mata kita.

 Bahaya tau. Boleh rosak mata. Jangan buat camni wokey...

    Bersempena dengan ini juga, pihak ANGKASA akan mengadakan sebuah acara khas di Planetarium Negara untuk melihatnya dari 7 pagi sehingga 10 pagi. Sayang Mama tak dapat pergi sebab kerja. 

    Sesiapa yang dekat tu pergilah kesana. Untung sangat dapat tengok Gerhana matahari dengan jelas....sebab, jika anda terlepas untuk melihatnya pada hari ini, kita  perlu tunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk melihatnya berlaku sekali lagi di Malaysia. Lama sangat tu kan..

Tuesday, 8 March 2016

KEHAMILAN MAMA~ Perkembangan bayi yang terkini..

   Alhamdulillah , disebabkan Mama dah ada masa...so pagi tadi 8hb 03 2016 (Selasa) Mama pergi daftar buku ''MERAH'' @Buku rekod kehamilan di Klinik Payamas dengan Papa. Sory Baby ..Mama busy sangat pada awal tahun ni sebab kena settlekan  5s kat office bagi Zon Tembusu serta busy uruskan Hari Terbuka Ilp Ledang pada 6hb 03 2016. Maklumlah Mama kan urusetia , nak set up meja kerusi bagai,  sampaikan kerja bendahari pun Mama kena buat. Tu tak termasuk nak kena bantu kerja-kerja persijilan. Harap-harap bila Baby besar nanti rajin ye sayang.

   Sebenarnya bila dah lambat sangat buat buku ''Merah''  kawan-kawan  sepejabat semuanya dah risau , boleh kata pantang je nampak Mama , mesti tanya soalan cepu emas . ''Bila nak buat buku Misz?....Kenapa tak buat buku lagi?..Nanti Nurse marah kalau lambat buat buku.''..hmm ayoyo..macam2 soalan. Prihatin sungguh suruh Mama buat buku dengan kadar segera .So for today dah settle satu masalah dunia...dan Thanks sangat baru rasa ramai juga yang sayang hehehe.. Tambahan lagi seorang kawan Mama yang mengandung baru saja keguguran pada minggu lepas . Kesian dia , tak sempat nak buat buku . Degupan jantung bayi dah tiada . Mungkin gara2 kandungan Hb dalam darah dia rendah sangat dan dia terlalu kerap muntah serta letih. Alhamdulillah tadi kawan Mama tu dah mula kerja.

    Semakin hari Mama semakin teruja nak tahu bagaimanakah perkembangan bayi di dalam kandungan ni..dan Syukur semuanya ok...   

Jom tengok ..
Carta Kehamilan perkembangan bayi dari 1 hingga 40 minggu kehamilan.


Ni pula untuk Mama...


Comelnya bila dah 3 bulan ..kan baby...


Doa buat baby..


Amin...