Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Ini, 9 Mac 2016

  Hari ini ada solat gerhana di Surau Al-Jazari Ilp Ledang. Sapa nak join meh datang sini. Pagi-pagi lagi Mama dah excited nak tengok Gerhana matahari . Silaulah baby..susah nak tengok..tapi nampak jugalah sikit2 sebab masa pukul 8.30pagi tadi tiba-tiba gelap sekejap  macam dah nak pukul 7 malam.


mana nak dapat  benda alah ni..untunglah ''atok ni dapat tengok dengan jelas......tak sempat Mama nak cari spek ni ..jelesnya..

  Gerhana matahari adalah salah satu fenomena yang jarang berlaku, dan untuk tahun ini, ia bakal boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi 9 Mac 2016 ini. Di Malaysia, kita hanya akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, sementara mereka yang berada di Sumatra, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik boleh melihat gerhana matahari penuh.

Gerhana matahari ini berlaku apabila bulan melalui antara matahari dan bumi – membuatkan matahari tertutup dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan. Kejadian ini boleh dikatakan sangat jarang berlaku – sekitar hanya sekali setahun.


Di Malaysia, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi pada hari ini, 9 Mac. Biasanya kita memang  tidak boleh melihat terus ke matahari tanpa menggunakan sebarang penuras kerana ia berupaya memberikan kesan terhadap mata kita.

 Bahaya tau. Boleh rosak mata. Jangan buat camni wokey...

    Bersempena dengan ini juga, pihak ANGKASA akan mengadakan sebuah acara khas di Planetarium Negara untuk melihatnya dari 7 pagi sehingga 10 pagi. Sayang Mama tak dapat pergi sebab kerja. 

    Sesiapa yang dekat tu pergilah kesana. Untung sangat dapat tengok Gerhana matahari dengan jelas....sebab, jika anda terlepas untuk melihatnya pada hari ini, kita  perlu tunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk melihatnya berlaku sekali lagi di Malaysia. Lama sangat tu kan..

No comments:

Post a Comment