Wednesday, 9 March 2016

Amalan Pendinding Ilmu Sihir.

  Pernah tak anda rasa seperti terkena sihir atau di ganggu mahluk halus.?..Dalam dunia ni kita akan terjumpa pelbagai jenis manusia psyko  . Kalau kita tak kacau mereka pun ada je benda yang mereka nak buat kat kita. Hati mereka tu bila  dah  ''HITAM DAN BUSUK  SANGAT '' maka mulalah nak buat perkara-perkara syirik.

Biasanya orang yang buat perkara2 yang tak baik ni...adalah '' SI LOSER'' iaitu manusia yang ''SANGAT GAGAL'' untuk menerima takdir . Samada takdir tu baik untuk orang lain atau untuk dia. Mereka ni jenis yang suka memaksa manusia , dengki ,  irihati  dan tamak haloba. Nak kenal orangnya macamana senang je. Kalau dia tengah baca blog ni ''busuk hatinya meluap2..Itulah orangnya.

so janganlah nak baik dengan orang yang macam ni..hanya mendatangkan mudarat je. Kalau solat Mama akan selalu doa pada ALLAH agar jauhkanlah orang2 yang berhati busuk dan berniat jahat..

So di pendekan cerita meh Mama share serba sedikit amalan yang Mama lakukan bagi mengubati dan merawat diri Mama dari sihir manusia jahil ni.


so paham-paham jelah ye .Karma or in islam we have Kaffarah . What you give ,you'll get back either it is in a good way or vice versa. ALLAH TU ADIL SANGAT...SO kalau sihir tu kembali semula kat diri sendiri. Jangan tanya kenapa ye. 

dan juga 

Sekiranya kita mengalami shir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini, dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir tu insaf dan tidak lagi menganggu ketenteraman hidup kita sekeluarga. Mudah-mudahan juga mereka berhenti dari melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kaedah Yasin 7 Mubin

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4.  Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta disembuhkan segala penyakit  dipulangkan sihir kepada tuannya”.

5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat agar kita sembuh dan sihat  kembali seperti sediakala”. ,,dan apa yang akan berlaku kepada penyihir ..maka kita serahkan pada Allah. Pasti Allah akan uruskan.

7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
Sejak Mama gunakan kaedah ini InsyaAllah ianya  berhasil...Alhamdullillah banyak sangat perubahan yang terjadi..


Ada banyak lagi tapi kali ni Mama share ni dulu .Lain kali Mama share lagi ye. 

Yang paling penting!!!...JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH, MAKA ALLAH PUN PASTI AKAN JAGA KITA... 
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah … 






No comments:

Post a Comment